Novel Ringan Under 18

Bagi peminat komik Malaysia tentunya mengenali komik Under 18 ciptaan pelukis komik tempatan iaitu Zint.Kini Under 18 kembali lagi tetapi bukan di dalam bentuk komik ia di dalam bentuk novel ringan.

Walaupun begitu,ilustrasi dari Zint ditampilkan bersama di dalam novel ringan ini. Under 18 Diari Sivik Yosi dikarang oleh Intan Suzana Ahmad manakala ilustrasi daripada Zint.Novel ini diterbitkan oleh Kumpulan Art Square.




Siri Komik Uncle Loong Musim Ke-2

Komik Uncle Loong musim ke-dua telah diterbitkan di laman sesawang Uncle Loong.Bagi yang baru mengenali komik ini,ia mengisahkan Uncle Loong penjual dan juga peminat tegar barang mainan dalam menjalani kehidupan dengan dikelilingi pelbagai karenah dari rakan-rakannya serta pelanggan yang mengunjungi kedai mainannya.Musim pertama Uncle Loong boleh didapati di dalam novel grafik terbitan Kumpulan Art Square.

Powered by Blogger