Komik Reviu: Komik Uncle Loong


Rodney Koh dan Michael Chuah kembali dengan karya terbarunya iaitu Komik Uncle Loong.Michael Chuah lebih dikenali sebagai C2V di Kumpulan Art Square atau GempakStarz yang sangat terkenal dengan karya Gengkey tetapi komik Uncle Loong ini sangat berlainan kerana ia diterbitkan secara online di laman sesawang Uncle Loong Cafe.Komik ini dicipta oleh Rodney Koh iaitu pemilik kedai permainan Xl-Shop dan juga merupakan watak dari komik ini yang dikenali sebagai Uncle Loong.



Komik Uncle Loong mengisahkan tentang Uncle Loong pemilik kedai permainan yang terkenal iaitu Xl-Shop dan bagaimana hidup sebagai seorang pengumpul permainan yang tegar.Komik ini juga menujukkan bahawa permainan bukan sahaja boleh dimainkan oleh budak kecil sahaja dan harga permainan yang sangat mahal.
























Watak-watak di dalam komik ini juga sangat menarik kerana terdiri dalam pelbagai bangsa.Contohnya,Uncle Loong(Cina),Pak Din(Melayu),Al-Cat(India) dan pelbagai lagi.Terdapat pelbagai karenah di dalam setiap watak,Uncle Loong dengan perangai yang tidak senonoh,Pak Din yang terlalu malas dan sering tersalah makan makanan,Al-Cat yang suka melakukan perkara yang bukan-bukan ,Tako yang terlalu obses dengan permainan,Jason yang suka mengumpul permainan yang seksi sehingga dimarahi isterinya dan pelbagai lagi watak yang menarik.



Terdapat komik khas di dalam versi novel grafik ini yang tidak pernah muncul di laman sesawang Uncle Loong.Komik khas ini mengisahkan bagaimana Uncle Loong,Pak Din dan Al-Cat boleh mengenali antara satu sama lain dan kisah kumpulan musik The Spectacles yang dianggotai oleh Uncle Loong(vokal),Pak Din(Gitar) dan Al-Cat(Drum).

Novel grafik Komik Uncle Loong ini memang harus dimiliki sekiranya anda ingin mengetahui kisah pengumpul permainan figura anda harus mendapatkan komik ini.

Penilaian
9/10

G3 di pasaran!

G3 isu ke-76 telah berada di pasaran!.Isu kali ini bertemakan piala dunia 2010.

Gempak,Comic King dan Elemen!

Gempak(253),Comic King(121) dan Elemen(25) sudah diterbitkan!.Dapatkan dipasaran sekarang!.

Umbra isu ke-3

Umbra isu ke ke-3 telah diterbitkan dan kulit muka depan telah dilukis oleh Bop.

Gempak isu 252 telah diterbitkan


Gempak isu 252 telah diterbitkan!Cover bagi isu ini ialah Sherk sempena filem Shrek Forever After yang bakal keluar.Cover ini dipilih daripada undian di laman sesawang Facebook Gempak Starz.

Utopia isu 178
























Utopia isu 178 telahpun diterbitkan dan yang menariknya muka depan isu ini diundi oleh penguna-penguna Facebook di laman Facebook Utopia.

Reja Mus dan Aku,Kau & Cinta


Pelukis komik Shootz, Reja Mus bersama manuskrip komik baru bagi antologi Aku, Kau & Cinta.

Komik GempakStarz di iPad



Kini Kumpulan Art Square atau lebih dikenali sebagai GempakStarz telah melangkah setapak lagi di industri komik Malaysia dan Antarabangsa.Ini kerana GempakStarz bakal menerbitkan komik terbitannya di teknologi terkini iaitu iPad.Sebelum ini GempakStarz juga telah menerbitkan komik di produk jenama Apple juga iaitu iPhone dan telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan.

Komik yang pertama akan muncul dalam teknologi sensasi ni adalah 'The Fantasy Aquarium' karya Leong Wan Kok atau lebih dikenali sebagai Puyuh.





Novel grafik Meon ke-2

Jas An, pelukis komik Meon bersama manuskrip Meon yang terbaru

Menurut laman Facebook Komik-M novel grafik Meon kini didalam pembikinan yang bakal terbit tidak lama lagi

P.S:Jika anda tertanya-tanya tangan siapakah itu ia adalah tangan Alif Firdaus Aziz iaitu salah satu pelukis Komik-M yang terkenal dengan komik Orang Kuat dan Dunia Kartun.

Pelancaran Twisted Mind of 1000Tentacles


Twisted Mind of 1000Tentacles merupakan buku ilustrasi daripada Leong Wan Kok atau lebih dikenali sebagai Puyuh.Terkenal dengan gaya lukisan yang unik dan karya-karyanya seperti Dari Alam Angker,From a Twisted Mind dan Dari Alam Angker Twisted Mind.Beliau juga mempunyai buku ilustrasinya yang berjadul Astro Cityzen yang diterbitkan oleh Kumpulan Art Square.



















































Powered by Blogger