Komik Reviu: Komik Uncle Loong


Rodney Koh dan Michael Chuah kembali dengan karya terbarunya iaitu Komik Uncle Loong.Michael Chuah lebih dikenali sebagai C2V di Kumpulan Art Square atau GempakStarz yang sangat terkenal dengan karya Gengkey tetapi komik Uncle Loong ini sangat berlainan kerana ia diterbitkan secara online di laman sesawang Uncle Loong Cafe.Komik ini dicipta oleh Rodney Koh iaitu pemilik kedai permainan Xl-Shop dan juga merupakan watak dari komik ini yang dikenali sebagai Uncle Loong.



Komik Uncle Loong mengisahkan tentang Uncle Loong pemilik kedai permainan yang terkenal iaitu Xl-Shop dan bagaimana hidup sebagai seorang pengumpul permainan yang tegar.Komik ini juga menujukkan bahawa permainan bukan sahaja boleh dimainkan oleh budak kecil sahaja dan harga permainan yang sangat mahal.
























Watak-watak di dalam komik ini juga sangat menarik kerana terdiri dalam pelbagai bangsa.Contohnya,Uncle Loong(Cina),Pak Din(Melayu),Al-Cat(India) dan pelbagai lagi.Terdapat pelbagai karenah di dalam setiap watak,Uncle Loong dengan perangai yang tidak senonoh,Pak Din yang terlalu malas dan sering tersalah makan makanan,Al-Cat yang suka melakukan perkara yang bukan-bukan ,Tako yang terlalu obses dengan permainan,Jason yang suka mengumpul permainan yang seksi sehingga dimarahi isterinya dan pelbagai lagi watak yang menarik.



Terdapat komik khas di dalam versi novel grafik ini yang tidak pernah muncul di laman sesawang Uncle Loong.Komik khas ini mengisahkan bagaimana Uncle Loong,Pak Din dan Al-Cat boleh mengenali antara satu sama lain dan kisah kumpulan musik The Spectacles yang dianggotai oleh Uncle Loong(vokal),Pak Din(Gitar) dan Al-Cat(Drum).

Novel grafik Komik Uncle Loong ini memang harus dimiliki sekiranya anda ingin mengetahui kisah pengumpul permainan figura anda harus mendapatkan komik ini.

Penilaian
9/10

1 Response to "Komik Reviu: Komik Uncle Loong"

  1. Anonymous says:

    Komik ni boleh tahan la

Post a Comment

Powered by Blogger